Dap memang sial.

*Hipokrasi Pemimpin DAP*

1. Semalam Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menegur sikap pemimpin yang memiliki sijil palsu. Sikap ini menurut beliau menggambarkan sifat tidak jujur dan amanah seorang pemimpin negara.

2. Teguran ini adalah sangat baik bahkan harus diperluaskan lagi kepada pemimpin yang bersifat hipokrit dan menipu. Pemimpin tidak seharusnya menjanjikan sesuatu yang indah lalu mengengkari janji tersebut setelah berada ditampuk pemerintahan.

3. Berikut adalah antara sikap hipokrit yang ditampilkan oleh sebahagian pemimpin hari ini sebelum dan sesudah menjadi pemerintah:

a. Pada 26 Jun 2013, DAP mendedahkan kewujdan menteri yang memiliki ijazah palsu. Mereka mendesak Menteri tersebut supaya meletak jawatan. Hari ini, Ahli Parlimen DAP tersebut diam seribu bahasa apabila Timbalan Menteri PH dikatakan memiliki sijil palsu.

b. 11 November 2011, DAP menegaskan bahawa mereka menolak politik perkauman yang diperjuangkan UMNO. Namun setelah menjadi kerajaan, mereka merestui perlantikan Superman Hew, yang terkenal dengan kenyataannya yang bersifat rasis.

c. 11 Disember 2012, Lim Guan Eng mendesak kerajaan BN supaya menghapuskan kamera AES bahkan mununtut supaya kerajaan memulangkan kembali wang saman yang dikenakan kepada rakyat. Hari ini, setelah menjadi kerajaan, mereka menambah lagi bilangan kamera AES.

d. 24 Februari 2017, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng mempersoalkan wang upah petrol yang diberikan oleh BN kepada penunggang motosikal. Ketika pilihanraya kecil Cameron Highland yang lalu, Lim Kit Siang sendiri dilaporkan mengaku memberikan duit petrol dalam tempoh PRK tersebut.

e. 28 Mac 2014, Ahli Parlimen DAP menegaskan bahawa mereka mampu menemui pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang dahulu. Sehinggakini, setelah hampir 9 bulan memerintah, masih tiada laporan mengenai kehilangan pesawat tersebut.

4. Sikap hiprokasi seperti ini seharusnya tidak wujud pada pemimpin yang menjanjikan kesejahteraan buat negara. Sikap ini brmuka-muka ini lebih merbahaya. Ia menyembunyikan apa yang terpendam di dalam hati mereka.

5. Sikap bermuka dan hipokrit ini adalah sesuatu yang ditegur di dalam al-Quran. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu (orang kafir) menjadi “orang dalam” (pemimpin/yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.” (Surah Ali Imran: 118)

Moga Allah membimbing kita semua.

– Dr Ahmad Sanusi

Advertisements